Minggu, 20 Februari 2011

Perbedaan yang Ketara Di antara Sayyidina Musa dan Muhammad,

Perhatikan Carta di bawah ini Untuk Teliti Perbandingan dan Perbedaan yang Ketara
Di antara Sayyidina Musa dan Muhammad
, dan Sebaliknya, Kemiripan yang Jelas
di antara Sayiddina Isa Al-Masih dengan Sayyidina Musa


Peristiwa-peristiwa Kehidupan Yang Utama : 


Sayyidina
Musa

Sayyidina
Isa Al-Masih


Muhammad

I.


Zaman Kanak-kanak Sebelum
Menjadi Baligh

Pembesaran baginda serba lengkap, stabil lagi mewah. Musa dibesarkan di dalam Istana Firaun Mesir. Segala keperluannya mencukupi (Keluaran 2:1-9) Baginda telah dibesarkan oleh ibu kandungnya sendiri
(Keluaran 2: 6-9).


Pembesaran Baginda cukup stabil dan serba lengkap dalam keadaan rumahtangga yang damai sejahtera. Dia JUGA dibesarkan oleh ibu kandungNya sendiri.
(Matius
2:11, 2:19-21).  

Pembesaran beliau dalam keadaan serba berkurangan. Dia tiada berbapa bila dilahir, dan penjaganya bertukar tangan daripada datuknya ke pakciknya setelah kematian ibunya (dia yatim piatu). Dia TIDAK dibesarkan oleh ibu kandungnya sendiri.
(Sirat Rasulullah 73-79).


II.

Pendidikan dan Pembelarajan Mereka

Musa telah menjadi Putera kepada Puteri Firaun. Puteri inilah yang menamakan baginda ‘Musa’ (Keluaran 2 ayat 10). Musa telah diberi pendidikan yang cukup tinggi dan istimewa sebagai seorang Putera dalam
Istana Firaun

(Kisah Rasul-rasul
7: 22).

Isa Al-Masih telah dididik sebagai seorang Yahudi yang alim dalam akidah Taurat dan pengajarannya. Bila Baginda meningkat umur hanya 12 tahun, Isa Al-Masih sudah pun memiliki pengetahuan Taurat yang sangat mantap lagi amat mengagumi (Lukas 2: 41-50).


Muhammad dianggap sebagai Nabi yang Ummi dalam dunia Islam. Menurut tradisi Islam sendiri, beliau buta huruf dan dia TIDAK berpelajaran dan juga tidak berpendidikan. Ini adalah satu PERBEDAAN yang jelas ketara dan penting dengan Nabi Musa.

III.

Perbuatan Keajaiban & Mukjizat–mukjizat Hebat yang menjadi Tanda-tanda Nyata semasa pelayanan masing-masing

Musa telah melakukan banyak mukjizat-mukjizat di khalayak ramai
dengan pertolongan Allah, dan ini telah menjadi tanda-tanda yang nyata kepada Firaun. Akhirnya dia membenarkan    umat Yahudi keluar daripada negeri Mesir.
 (Keluaran 5:1-12, Keluaran 9,10,11,12,13,14), (Surah 7: 122-128, 14: 5,6, 17: 101).
 

Isa Al-Masih
juga telah melakukan banyak sekali keajaiban  dan mukjizat-mukjizat hebat di depan khalayak ramai
di muka umum. Seperti menghidupkan orang-orang yang sudah mati, menyembuhkan sakit penyakit mereka yang berpenyakit, memberi makanan dan minuman yang mencukupi kepada orangramai dan juga mengampuni dosa-dosa mereka yang ingkar kepada Allah.
(Matius 8:1-17, Lukas 11:14-23,
8:40-56) (Surah 3: 49, dll). 

Muhammad, nabi Islam TIDAK melakukan satu pun keajaiban atau mukjizat di depan orang ramai.
Bila di cabar orang ramai bagi satu mukjizat, dia tidak melakukannya, cuma kata Quranlah ‘peringatan’nya. (Surah 28:48-49, 29:50-51). Ini SATU LAGI PERBEDAAN yang jelas dengan Musa.


IV.

Perhubungan Mereka dengan Negeri Mesir


Musa telah tinggal di negeri Mesir selama 40 tahun yang pertama hayatnya dan juga Musa  membesar di dalam Istana Firaun. Sesudah itu baginda telah berhijrah keluar dari Mesir, bersama-sama dengan saudara2 seumatnya sesuai dengan sabda dan perintah Allah.
(Keluaran 12, 13,14 15).



Firaun Mesir, seorang pemerintah, telah mencuba membunuh Musa sesudah memusuhinya di zaman itu.
 (Keluaran 1:15-2:10).


Al-Masih Isa bersama-sama dengan keluarga Baginda juga telah tinggal di negeri Mesir dengan kehendak Allah (Mat.2:13). Selepas itu, Baginda bersama-sama dengan saudara-mara Baginda telah berhijrah kembali ke tempat asal mereka di
Israel, sesuai dengan sabda dan nubuat Allah dalam Hosea 11:1
(Mat.2:13-23).

Raja Herod, pemerintah sezaman dengan Isa al-Masih juga telah mencuba membunuh Baginda di waktu itu.
 (Matius 2).
  

Muhammad tidak ada perhubungan yang penting atau istimewa dengan negeri Mesir.

Beliau TIDAK pernah lari ke Mesir
untuk selamatkan diri daripada musuh-musuhnya!

Lagi satu perbedaan yang sangat jelas di antara Muhammad DAN kedua-dua Musa dan Isa
Al-Masih.

V.

Makam dan Tempat Bersemadi Mereka


Sehingga pada hari ini, tidak sesiapa pun yang tahu di mana letaknya Makam dan tempat pengkebumian Musa. Dia wafat di atas Gunung Nebo, tetapi tempat pengkebumian baginda di
sana tidak dapat dicari atau ditemui, sesuai dengan firman dan sabda Allah.
 (Ulangan 34:1-5, Ulangan
 34: 6
).


Orang ramai
cuba mengagak lokasi Makam Isa Al-Masih. Tetapi tekaan mereka belum pasti lagi, kerana tidak ada bahan-bahan ketinggalan Isa A.M. di sana! Sesudah wafat, Baginda telah bangkit dari kematian 3 hari kemudian dan kembali ke alam Jannah. Ini pula adalah sesuai dengan sabda firman Allah dari
 Nabi Yesaya.
(Lukas 23-24,
Yesaya 53: 9-12).


Seluruh dunia tahu di mana letaknya Makam Muhammad.
Beribu-ribu orang menziarahi makamnya di
Kota Madinah tiap-tiap tahun.

Lagi SATU BUKTI jelas ketidak-miripan Muhammad dengan Nabi Musa.

VI.

Pertalian Darah Di Antara Mereka

Nabi Musa berasal daripada suku kaum LEVI, salah satu daripada
dua-belas suku sanak
saudara Nabi Yakub
dalam Bani Israel.
(Keluaran 2 : 1-2).

Isa Al-Masih berasal daripada suku kaum JUDAH, salah satu daripada dua-belas suku sanak saudara Nabi Yakub dalam Bani Israel.
(Matius 1 : 1-2).
Jadi, Isa adalah saudara secara langsung dengan Musa melalui pertalian darah daging mereka.


Muhammad bin Abdullah berasal daripada suku Banu Hashim dari kaum Quraish. Mereka adalah satu bangsa Arab yang berpindah-randah (badui) di tanah Hijaz. Jelas sekali, Muhammad bukanlah saudara kepada Nabi Yakub atau pun Musa secara langsung.



Sudah amat jelaslah, dengan semua perbandingan ini, kita dapat melihat betapa ketara bezanya Nabi Muhammad daripada Nabi Musa. Ini sesungguhnya membuktikan umat Islam yang cuba mencari kemiripan antara Musa dan Muhammad hanya melakukannya kerana mereka sudah terdesak untuk mengesahkan ‘kerasulan’ nabi Muhammad konon, melalui rujukan-rujukan dari Kitab Taurat. Jadi, di manakah ‘pengesahan’ dan kemiripan itu ? LANGSUNG TIDAK ADA SAMA SEKALI! 

Contohnya, Nabi Musa, walau pun beliau hidup dalam keadaan serba lengkap dan mewah dalam Istana Firaun, dia dibesarkan oleh ibu kandungnya sendiri,. Nabi Muhammad sudah jelas TIDAK SEPERTI BEGITU. Dia kehilangan kedua-dua ibu-bapanya satu persatu semasa dia masih kanak-kanak kecil lagi.

Pendidikan dan pembelajaran Nabi Musa itu cukup lengkap dan sempurna kerana baginda dibesarkan sebagai anak kepada tuan Puteri Firaun di dalam Istana Mesir. Nabi Muhammad itu, SEBALIKNYA seorang yang ummi, yaitu seorang yang dikira tidak berpendidikan. Ini satu lagi perbedaan yang jelas ketara!

Taurat DAN Quran kedua-duanya mengajar Nabi Musa telah melakukan banyak sekali keajaiban dan mukjizat yang cukup hebat di muka umum. Surah 7/128-134, 138. Hasilnya Bani Israil dapat keluar daripada cengkaman zalim Firaun itu. Sebaliknya, Muhammad itu TIDAK! Dia tidak melakukan satu pun keajaiban mukjizat di muka umum atau di khalayak ramai menurut al-Quran! Sebaliknya al-Quran sendiri mengakui bahawa Muhammad tiada bermukjizat seumpama Nabi Musa :

“Setelah rasul datang kepada mereka, mereka berkata: ’Mengapa TIDAK DIBERIKAN KEPADA MUHAMMAD SEUMPAMA YANG DIBERIKAN KEPADA NABI MUSA (YAKNI TANDA-TANDA MUKJIZAT)?’ .. Katakanlah ya Muhammad – Maka kamu tunjukkanlah sebuah Kitab dari Allah..”

SURAH 28/48-49

Nas di atas menunjukkan Quran sendiri mengajar tentang ketidak-miripan Muhammad dengan Musa dalam perkara pembuatan keajaiban-keajaiban dan mukjizat yang hebat di khalayak ramai. Inilah lagi perbedaan yang jelas ketara di antara Musa dan Muhammad!

Jadi siapakah yang dirujuki oleh nubuat di dalam Kitab Taurat itu :

“Seorang Nabi dari tengah-tengahmu, dari antara saudara-saudara kamu, sama seperti aku (yakni NABI MUSA), akan dibangkitkan bagimu oleh Tuhan Allahmu; dialah yang harus kamu dengarkan..seorang Nabi akan Ku bangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka; seperti engkau (Nabi Musa) ini; Aku akan menaruh firman-ku dalam mulutnya, dan dia akan mengatakan kepada mereka segala yang Ku perintahkan kepadanya.”    

Ulangan 18: 15, 18

Jelas sekali dia bukanlah Muhammad! Oleh kerana dia bukan dari salah satu daripada dua belas suku saudara Bani Israel. Inilah nama-nama dua-belas suku sanak-saudara Bani Israel, yakni mengikut 12 anak lelaki Yakub :

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Label

Blog Archive

Connect With Us

Instructions

Recomended

Label

Pengikut

About Me

Foto saya
yogyakarta, DIY, Indonesia
ayo belajar
Powered By Blogger

ARJUNA BELAJAR

belajar adalah mencari pengetahuan

Blog Archive

Cari Blog Ini

Pages